RSS

March 31, 2010

Ustaz Dan Kismis Minda

Beberapa hari yang lepas, saya bertemu dengan seorang ustaz di Jitra. Kebetulan saya ke kedainya untuk membuat fotostat bagi beberapa bahan penulisan. Saya merasa kasihan melihat ustaz tersebut yang terhendap-hendap mencari 'button' mesin fotostatnya kerana pandangan matanya yang agak kabur. Lantas saya membantu ustaz tersebut. Sambil dia menceritakan masalah perniagaannya, saya mengambil peluang untuk menceritakan kebaikan produk saya pula! (Quantum Pendant dan Quantum Sport Flask). Sambil bersembang, ramai pelanggan yang keluar dan masuk ke kedai. Saya memerhatikan ustaz tersebut yang bukan sahaja mengalami masalah penglihatan bahkan juga daya ingatannya sudah mula berkurangan.

Habis sahaja pelanggan yang terakhir, saya mengeluarkan Quantum Pendant dari dalam beg kertas yang saya bawa. saya menunjukkan pendant itu kepada ustaz tersebut lalu dia ketawa. Dia tidak percaya yang pendant itu mampu memberi penyelesaian kepada masalah beliau. Saya meyakinkan supaya ustaz mencubanya dalam masa 3 hari tanpa saya mengambil sebarang bayaran! Namun ustaz itu masih enggan menerimanya lalu beliau berkata " Takpelah... saya buleh makan kismis minda ni ha! Kismis pun buleh bagi mata kita terang! Lagipun sekotak cuma seringgit! Kalau tak berkesan pun tak ralat sangat!" Saya tersenyum...

Selesai sahaja fotostat saya menyusun semua kertas dan membayar harganya. Sempat saya meninggalkan sekeping risalah FE untuk ustaz tersebut dan berpesan " Kalau ustaz terpiqiak nak cuba loket tu, telefon ler nombor tu na..." Saya terpandang di atas mejanya mungkin terdapat 20 kotak kismis minda yang masih belum dibuka, saya tertawa!

March 30, 2010

Kisah Tiga Makcik.

Minggu lepas saya melalui sebatang jalan di pekan, lalu ternampak sebuah gerai menjual gorengan. Penjualnya ialah tiga orang makcik. Seorang makcik sakit kaki, yang seorang tu makcik selalu sakit gigi dan yang seorang lagi makcik obesiti.

Tujuan asal saya ialah hendak membeli gorengan, tetapi ada juga beberapa keping risalah Fusion Excel (FE) terselit di dalam 'handbag' saya. Bila mendekati tiga orang makcik ni, terdengar perbualan mereka yang bersungut sakit-sakit badan lantas saya pun mengeluarkan risalah FE untuk ditunjukkan kepada mereka.

Pada mulanya mereka terlopong mendengar penerangan saya mengenai keajaiban Quantum Pendant! Lantas ketiga-tiganya tak sabar-sabar nak melihat sampel produk. Saya berlari mengambil beberapa sampel produk yang sentiasa saya bawa ke mana-mana di dalam kereta.

Bila saya tunjukkan Quantum Pendant itu kepada mereka, muka mereka bertambah hairan. Boleh ke batu hitam ni mengubati pelbagai jenis penyakit? Hmmm macam tak masuk akal! Saya cuba meyakinkan mereka lagi dengan beberapa testimoni antaranya suami saya yang juga berada di situ menceritakan tentang resdung dan batu karangnya yang telah sembuh. Mereka kagum!

Lalu mereka bertanya berapa harga satu Quantum Pendant tersebut? Tiba-tiba je perasaan ingin tahu mereka berkurangan...tekak saya pun terasa kering, ternampak air milo ais yang dibancuh oleh makcik obesiti tu sedap sekali! Lalu saya pun meninggalkan no telefon sekiranya makcik bertiga masih berminat, telefonlah saya ye...

Itulah biz namanya...hakikatnya tidak mudah seperti yang kita sangkakan.

March 29, 2010

Biz Oh Biz!

Salam Sejahtera...

Pejam celik, pejam celik...dah masuk empat hari blog My Aura dilancarkan. Setiap hari asyik melihat trafik yang keluar masuk. Tapi, takde pulak 'trafik' yang sangkut! Oh..inilah biznes namanya. Bukan senang nak pancing 'undi' orang-orang di luar sana.

Walaupun bergelar 'graduan perniagaan', realitinya memang susah nak berkecimpung dalam 'dunia seluas lautan' ni. Nak berperahu, takut dipukul ombak! Nak memasang pukat, laut tu luas sangat, mana ada ikan nak bermain di gigi pantai! Nak naik kapal, wah besarnya 'modal'! Itulah fikiran kita yang mula-mula nak kenal dunia perniagaan ni...semuanya dijadikan alasan.

Namun, hidup ini perlulah berubah, pengalaman hanya dapat kita raih dengan perubahan yang kita buat. Kalau dibelit rasa takut, itu dah jadi satu noktah untuk minda kita berfikir. Jadi, mulakan langkah pertama untuk masuk ke dunia yang serba mewah ini, dunia yang menuntut percaturan masa serta tenaga bagi memperolehi apa yang dikatakan keuntungan...marilah berlari!

March 28, 2010

Demo Fusion Excel

Video ini menunjukkan kekuatan seseorang akan bertambah apabila memakai Quantum Pendant FE. Sebelum memakai Quantum Pendant, keempat-empat lelaki tidak dapat mengangkat seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi itu. Namun, setelah keempat-empat lelaki yang sama diberi pakai Quantum Pendant FE, mereka berjaya mengangkat
lelaki yang sedang duduk itu dengan mudah! Tetapi setelah pendant itu diambil semula daripada mereka, kekuatan mereka hilang. Jika anda tidak percaya saksikan video ini.

March 26, 2010

Testimoni

Dr. Amir Farid Ishak (MBBS Old, Aust), MMED (Spore), MRCOG (UK), Senior Medical Consultant/ Gynecologist.
"Quantum Pendant mempunyai tenaga skalar yang memberi kesan positif kepada tubuh badan manusia. Loket Quantum FE merupakan satu medium tenaga berasaskan galian. Ia mempunyai ciri sinergi yang berupaya menyerap tenaga haba dan dengan serta merta mengubah tenaga tersebut kepada bio-tenaga. Ini akan membawa kebaikan kepada fungsi metabolik tubuh, memperbaiki sistem edaran darah dan seterusnya membantu mencapai fungsi penjagaan badan secara holistik."


Shalin Zulkifli - Pemain Bowling Negara.
"Saya kerap mengalami kesakitan pada otot, keletihan dan tekanan yang tinggi dalam kerja dan semasa pertandingan. Sejak menggunakan Loket Quantum, saya mula rasakan peningkatan dari segi konsentrasi saya dalam pertandingan dan perniagaan. Saya merasa lebih bertenaga, lebih berjaga-jaga dan stamina saya juga meningkat dengan hebat. Saya berasa lebih tenang dan yakin semasa pertandingan. Jika ia membantu saya, bayangkan apa yang ia boleh lakukan kepada anda!"


Safee Sali - Pemain Pasukan Bola Sepak Malaysia.
"Saya adalah 'striker' di dalam pasukan Bola Sepak Negara. Dengan memakai Quantum Pendant ia dapat memberi tenaga serta meningkatkan prestasi juga memberi keyakinan untuk saya menjaringkan gol. Loket Quantum ini juga cepat menyembuhkan kecederaan lama saya. Sekarang, saya boleh bermain lebih 120 minit dalam satu-satu masa tanpa merasa letih. Saya dapat bermain bola sepak dengan lebih bersemangat. Oleh itu, saya mengesyorkan anda mencubanya!"


Foo Kok Keong - Juara Badminton Antarabangsa.
"Sejak 5 tahun yang lepas, saya mengalami kesakitan yang serius pada lutut kanan disebabkan oleh bertahun-tahun penglibatan saya dalam bidang sukan. Tetapi setelah menggunakan Loket Quantum FE hanya untuk beberapa hari, saya mula merasa kelegaan daripada kesakitan itu. Baru-baru ini, stamina saya semasa bersukan juga meningkat disebabkan oleh peningkatan tahap tenaga yang dibawa oleh Loket Quantum ini. Kepada mereka yang mahu cemerlang di dalam bidang sukan, cubalah loket ini"


Malek Noor - Juara Bina Badan Negara.
"Saya telah menjalani pembedahan utama beberapa tahun lalu untuk menyambungkan tisu-tisu pada lengan kiri saya. Akibatnya saya menghadapi kesukaran menggenggam jari-jari tangan kiri saya. Bagaimanapun, setelah menggunakan Loket Quatum FusionExcel baru-baru ini, menakjubkan sekali, saya mampu menggenggam tangan kiri dan menggerakkan jari-jari saya dengan mudah. Saya amat gembira setelah menemui Loket FE. Saya juga merasa tumpuan saya kini lebih baik dan perasaan lebih tenang. Sehinggakan makanan juga terasa lebih sedap dan lazat. Kekejangan siku yang sering saya alami dulu, kini telah lenyap. Begitu juga dengan sakit kepala dan selsema yang sering saya alami akibat berjaga hingga lewat malam. Sakit gigi tidak lagi merupakan masalah."


Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin - Pendaki Gunung kelas Dunia dan Penakluk Gunung Everest.
"Ayah saya yang memperkenalkan Loket Quantum ini pada saya. Saya memakai loket ini semasa saya menjalani latihan ESQ di Kuantan. Saya boleh melakukan Latihan ESQ tanpa henti selama 11 hari berturut-turut tanpa merasa letih! Sekarang saya juga minum air bertenaga dari Botol Quantum. Dengan bantuan Tuhan dan produk, hasilnya sangat berkesan, susah dipercayai dan luar biasa! Saya memulihkan tenaga saya dengan mudah meskipun saya tidur hanya beberapa jam setiap hari. Saya juga memulihkan suara saya, rasa sakit otot dan lain-lain sakit dalam masa kurang daripada satu hari. Saya merasa sangat bahagia dan itu sudah benar-benar menakjubkan. Malah saya memperkenalkan Loket Kuantum FE untuk anak saudara saya yang selalu menderita sakit asma dan demam dan sering dirawat di hospital. Selepas menggunakan Loket Quantum dan Botol Quantum ia telah pulih semula dengan menakjubkan sekali!"



Dato' M Daud Kilau - Artis.
"Saya mempunyai diabetes setinggi 12.3 selama 10 tahun lalu dan mata kanan saya mempunyai kecederaan yang sangat serius. Selepas saya menggunakan Loket Quantum Pendant selama hanya beberapa hari, saya pergi ke hospital HKL untuk pemeriksaan lanjut yang tetap. Saya terkejut ketika doktor memberitahu saya bahawa pembacaan glukosa saya telah berkurang menjadi 3.9 selepas puasa! Doktor kemudian mencadangkan saya pergi dan mengambil makan tengah hari dan kembali untuk ujian lain. Keputusan ujian selepas mengambil hidangan saya menunjukkan bahawa pembacaan glukosa saya telah kembali ke 7.7 dan berada dalam lingkungan yang biasa! Loket Quantum Pendant FE telah mengubah kehidupan saya dan membawa kebahagiaan yang besar kepada saya. Saya sangat berterima kasih kepada FE yang menghasilkan produk yang cemerlang seperti ini. Saya mengesyorkan ia kepada semua orang!"

March 25, 2010

"Hope For Children"

Setiap produk Fusion Excel (FE) akan dilabelkan dengan sticker “Hope For Children”. Kempen “Hope For Children” ini adalah untuk membantu anak-anak fakir miskin, sesuai dengan slogan FE, “Let’s Give Our Future Leaders A Good Start!”. Hasil kutipan wang daripada kempen ini sebanyak 80,000 bath disalurkan kepada kanak-kanak yang kekurangan makanan dan air, kurang penjagaan kesihatan, kurang pendidikan dan kurang undang-undang terhadap eksploitasi anak-anak.
Dengan itu, pada 7 November 2009, banting sepanjang 1.2 kilometer panjang dan lebar 50 meter dipasang di Lapangan Terbang Siripa Chutaporn, Khay Khaeng Kabupaten, Wilayah Saraburi, Thailand. Ia merupakan Banting Terbesar dan Terpanjang di Dunia. Acara gilang gemilang di Lapangan Terbang Siripa Chutaporn ini dihadiri oleh 5000 orang ahli FE.

Hari bersejarah tersebut turut mendapat liputan media dari Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Hungary. Wartawan yang mewakili CNN dan Reuters juga hadir. Dua buah helikopter digunakan untuk membawa VVIP di lapangan terbang. Helikopter ini juga membawa sekitar 200 tetamu dan wartawan untuk melihat Banting Terpanjang ini dari udara.

Forum

Hukum Pemakaian Rantai Tangan Yang Mempunyai Unsur Kesihatan (bio Magnetik) Di Kalangan Lelaki


Keputusan:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.



E-Fatwa(Portal Rasmi Fatwa Malaysia)

March 24, 2010

Diary

Pada setiap malam Selasa, bertempat di Fusion Excel International HQ, section 51A, Petaling Jaya, Selangor akan diadakan aktiviti ceramah untuk para pelanggan Fusion Excel. Semua pelanggan baru dan lama akan berkumpul di sini bagi bertukar-tukar pandangan juga bercerita mengenai pengalaman mereka menggunakan produk FE. Di dalam majlis ini ahli-ahli baru dapat bertemu dengan presiden-presiden FE yang telah berjaya mengukir nama mereka di persada bidang perniagaan ini. Semangat dan galakan tidak pernah luntur dari bibir para presiden supaya ahli-ahli FE sentiasa maju dan mara ke hadapan. "JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!!!"

Quantum Pendant Latest Design

Tak kenal, maka tak cinta! Begitulah pepatah bagi mereka yang belum memiliki serta mencuba keajaiban Quantum Pendant Fusion Excel (FE). Jika mereka di luar sana yang masih belum memiliki produk ini, mereka adalah orang-orang yang paling BERUNTUNG! Kini, Quantum Pendant FE boleh dipakai sebagai perhiasan yang sangat eksklusif! Setiap pendant boleh dihias dengan batu-batu permata kristal yang berwarna-warni juga dipakai dengan seutas rantai perak yang begitu menarik! Anda pasti tidak akan menyangka sekiranya ada orang yang bertanya, " Cantiknya rantai awak! Di mana awak membelinya? Berapa ribu harganya?" Walaupun pendant ini dihias sedemikian, tenaga skalar yang ada padanya tetap kekal dan auranya masih sempurna! Cubalah....anda pasti terpesona.

                              

Kebaikan Quantum Pendant Fusion Excel


Sebagaimana yang kita ketahui, Quantum Pendant FE ini merupakan satu medium tenaga yang berasaskan lahar Gunung Berapi Fuji di Jepun. Ia berupaya menyerap tenaga alam iaitu Oksigen lalu menukarkannya kepada Bio-Tenaga. Bio-Tenaga mampu meningkatkan aktiviti molekul air di dalam tubuh. Ini akan memberi kebaikan kepada fungsi metabolik tubuh. Antara fungsi metabolik tubuh ialah:
  • Memperbaiki peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma dan melegakan kesakitan.
  • Membentuk perlindungan semulajadi dalam mencegah gelombang elektromagnetik seperti penggunaan komputer, telefon bimbit, TV dan lain-lain.
  • Menghapus radikal bebas seterusnya meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Meningkatkan bekalan oksigen di dalam aliran darah.
  • Membantu memerangi sel kanser, kerana sel kanser adalah sel-sel yang bervoltaj rendah (bertenaga rendah).
  • Menyahtoksik setiap sel di dalam tubuh.
  • Meningkatkan tenaga dengan cara mengecas semula serta mengubah keadaan tubuh dan sel kepada frekuensi  yang betul supaya tubuh boleh melawan penyakit.
  • Meningkatkan tumpuan mental (fokus). 

Jaminan

Mengapa anda perlu memiliki Quantum Pendant (Loket Kuantum) FE hari ini juga?
  1. Ia dijamin selamat dan tiada sebarang kesan sampingan. Ini adalah kerana Quantum Pendant FE dihasilkan daripada mineral semulajadi yang tidak bersifat magnetik. Ia tidak dimakan, hanya dipakai pada tubuh.
  2. Ia amat menjimatkan wang anda. Kerana anda hanya membuat pembelian sekali untuk seumur hidup, tenaga skalar yang ada di dalam Quantum Pendant FE mampu bertahan selama 200 tahun lamanya!
  3. Ia berkesan dengan cepat! sepantas 10 minit apabila anda memakainya pada tubuh anda. Terbukti melalui demonstrasi.
  4. Ia diakui berkesan oleh doktor perubatan, physicians, chiropractors, pengamal perubatan alternatif dan physical therapist.
  5. Ia adalah produk antarabangsa yang berkualiti, dicipta berasaskan teknologi nano dari Jepun. Quantum Pendant FE ini telah berjaya menembusi pasaran di lebih 150 buah negara.
  6. Ia adalah Energy Pendant terbaik di dunia yang mendapat pengiktirafan "Super Excellent Brand".

Merawat Penyakit


Pemakaian dan penggunaan produk Fusion Excel ini mampu memberi kesan yang positif terhadap tindak balas tubuh. Pemakaian Quantum Pendant (Loket Quantum) secara berterusan serta amalan meminum air yang dicas di dalam Quantum Sport Flask, terbukti amat berkesan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya:
  • Darah Tinggi (Hypertension)
  • Kencing Manis (Diabetes)
  • Obesiti (berlebihan berat badan)
  • Lemah Jantung
  • Penyakit Kulit (Eczema)
  • Sakit Otot dan Sakit Sendi
  • Depression (Kemurungan)
  • Athritis
  • Hairloss (Masalah keguguran rambut)
  • Gout
  • Sakit Tulang
  • Ketagihan Rokok dan Ketagihan Alkohol
  • Insomnia
  • Asma (Lelah)
  • Sinus (Resdung)
  • Cataract
  • Impontensi
  • Kanser
  • Masalah Kesuburan
  • Chronic Fatigue Syndrome

March 23, 2010

Barron Report

Description here

Full Barron Report

Quantum Bracelet/Jam

Gelang tangan FusionExcel diperbuat daripada perak. Ia boleh dipakai pada pergelangan tangan atau hanya diletakkan di dalam saku. Tenaga skalar daripada gelang tangan ini memudahkan ketelapan sel tubuh seterusnya menambah fungsi-fungsi fisiologi dalam badan.



Quantum Bracelet
Kod produk: QBR-001
Panjang: 21cm
Lebar: 1.5cm


Harga: RM450/unit


Jam tangan Fusion Excel juga mempunyai ciri-ciri yang sama. Terdapat dalam dua rekaan untuk lelaki & wanita.



Jam Tangan Quantum
Kod produk: QWW-002

Harga: RM1,888/pasang

Quantum Beauty Bar

Quantum Beauty Bar dapat melambatkan proses penuaan. Ia mampu mempercepatkan peredaran darah serta meningkatkan proses pengoksigenan kulit. Beauty bar ini juga boleh melindungi DNA kulit daripada kerosakan seterusnya menghalang proses kedutan pada kulit. Ia juga mampu menguatkan senibina dermis dan epidermis. Oleh itu, kulit akan menjadi sihat dan lembut sekali.

beauty bar box (6 pcs/box)



Quantum Beauty Bar

kod produk: QBB-003A = RM100/pc (25g)

kod produk: QBB-003B =  RM600/box (6 x 25g)



Quantum Flask

Quantum Sport Flask FusionExcel merupakan satu termos titanium yang ditambah dengan tenaga skalar. Termos ini mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Kajian menunjukkan tenaga daripada termos Fusion Excel ini dapat mengstruktur semula molekul air kepada kelompok molekul yang lebih kecil. Kelompok air yang lebih kecil ini dapat meninggikan keupayaan biologi air dalam badan dan seterusnya menggalakkan pelbagai fungsi fisiologi dalam badan kita seperti proses perkumuhan berjalan dengan lancar.


Hanya dengan mengisi air minuman biasa dalam termos, selepas beberapa minit, air akan diperkuatkan dan sedia diminum. Air daripada termos ini juga boleh digunakan untuk merawat luka terbuka dengan menyapukan air ini pada bahagian yang terdedah. Air tersebut akan mengurangkan kesakitan bahagian luka dan mempercepatkan proses pemulihan.




Quantum Sport Flask
Kod produk: QSF-004
Tinggi: 21cm
Diameter: 7cm

Harga: RM450

Quantum Pendant

Loket Quantum FusionExcel merupakan satu medium tenaga berasaskan galian. Ia berupaya menyerap tenaga haba dan dengan serta-merta mengubah tenaga tersebut kepada bio-tenaga. Bio-tenaga mampu meningkatkan aktiviti molekul-molekul air dalam organ tubuh. Ini akan membawa kebaikan kepada fungsi metabolik tubuh, memperbaiki sistem edaran darah dan seterusnya membantu mencapai fungsi penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Pemakaian Quantum Pendant dapat memaksimakan oksigen dalam badan supaya badan kita mempunyai tahap yang optima untuk melawan penyakit.

 with adjustable black strap


Front view

Back view with unique serial number

Quantum Pendant
Kod produk: QPD-005

Diameter: 4.8 cm
Ketebalan: 1cm
Warna: Hitam

Harga: RM350



Kristal Air

Kristal air secara alami terbentuk ketika turunnya salji. Hakikatnya kita di Malaysia tidak dapat melihat keindahan Kristal air ini. Namun demikian secara umumnya kristal air berbentuk segi lima atau enam dengan variasi bentuk pada hujungnya. Kajian tentang Kristal air ini telah dibuat oleh Dr Masaru Emoto dari Jepun. Beliau telah menemui pelbagai bentuk Kristal air yang memukau masyarakat dunia pada hari ini. Menurut kajian beliau, molekul air boleh berubah mengikut apa yang kita lakukan terhadap air tersebut. Ini adalah kerana, air bersifat hidup dan boleh memahami perasaan serta percakapan manusia.

 
Kristal air zam-zam pula sangat indah, ia merupakan air terbaik ciptaan Allah SWT. Namun untuk mendapatkan air zam-zam sangat sukar buat masa ini kerana jarak antara negara & juga mengambil masa yang lama untuk ke Tanah Suci. Justeru itu, kita mampu meminum air yang terbaik dengan mengecas air minuman kita menggunakan Quantum Pendant FE. Kerana air yang telah dicas dengan Quantum Pendant merupakan air kedua terbaik selepas air zam-zam.                                                                                         
           

Tenaga Skalar

Tenaga Skalar berkelajuan 12 nanometer mampu menyerap tenaga alam iaitu Oksigen dengan pantas.  Kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya (4 nanometer), kilat (7 nanometer) dan bunyi ini boleh menghidupkan semula air mati (air biasa) menjadi air hidup ( air yang beroksigen tinggi). Memandangkan tubuh kita terdiri daripada 70% - 80% kandungan air, dengan mudah tenaga skalar boleh memprogramkan air di dalam tubuh kita menjadi kristal air yang lebih halus. Ini membolehkan tubuh kita  menyerap semua vitamin yang diperlukan serta mengeluarkan apa yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui sistem perkumuhan, pernafasan dan perpeluhan.

Aura Hijau


Aura Hijau atau 'Healing Energy' terbukti secara saintifik dapat memberi seribu satu kebaikan kepada tubuh  manusia. Aura Hijau ini berfungsi sebagai tenaga penyembuhan yang dihasilkan daripada Loket Quantum keluaran Fusion Excel (FE). Loket Quantum FE ini mengandungi Tenaga Skalar iaitu gelombang tenaga yang kekal dan ia tidak akan musnah walaupun merentasi jarak dan masa. Sifat Tenaga Skalar ini memenuhi segenap ruang. Ia tidak bergerak seperti gelombang-gelombang elektromagnetik yang lain.