RSS

April 30, 2010

Promosi Produk Fusion Excel!!!

Salam Ceria!

Sempena kedatangan Hari Ibu, Hari Guru & Hari Bapa, kami di My Aura mengadakan Promosi Produk Fusion Excel iaitu Quantum Pendant & Quantum Sport Flask. Kini anda boleh mendapatkan pakej Quantum Pendant & Quantum Sport Flask dengan harga RM600 sahaja!(belian secara online). Harga biasa bagi pakej ini adalah RM800. Dengan pek promosi ini anda dapat berjimat sebanyak RM200! Cepat, sebelum promosi tamat!
Anda tidak akan rugi, kerana kesihatan adalah segala-galanya bagi diri anda...hubungi kami sekarang!

April 21, 2010

Taklimat Produk Fusion Excel

Satu demonstrasi kehebatan produk Fusion Excel akan diadakan di Wilayah Utara pada hujung minggu ini. Taklimat ini akan disampaikan oleh Dr Mohd Fadil Samion bertempat di:
  • Pada 25.4.2010 (Ahad) - Hotel Sri Garden, Kangar Perlis.
  • Pada 26.4.2010 (Isnin) - Dewan Orang Ramai, Pekan Napoh, Jalan Changloon, Jitra.
  • Pada 27.4.2010 (Selasa) - Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Taklimat akan bermula pada jam 8.30 malam. Jangan lepaskan peluang ini!

Datanglah Beramai-Ramai!   

April 16, 2010

Radiasi Telefon Bimbit

Salam Sejahtera.
Semenjak kebelakangan ini terdapat 30,000 kes melibatkan penyakit kanser otak dan mata berpunca daripada kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan penduduk di seluruh dunia. Laporan yang dikeluarkan berdasarkan kajian epidemiologi menunjukkan pada tahun 2010 sahaja kes kanser otak dan kanser mata ini telah meningkat sebanyak 20,000 kes menjadikan 50,000 kes yang telah dilaporkan (iaitu selepas 2 tahun artikel ini ditulis). Kesemua kes ini adalah akhibat daripada penggunaan telefon bimbit.



Kajian ini dilakukan terhadap orang dewasa yang menggunakan telefon bimbit selama 500 ke 1,000 minit setiap bulan. Iaitu selama 15-30 minit sehari selama 10 ke 12 tahun menunjukkan risiko untuk mendapat kanser otak dan mata ini meningkat sebanyak 2 kali ganda ke 3 kali ganda! Namun apakah pula kesannya terhadap kanak-kanak yang berumur di antara 8 ke 9 tahun, yang telah menggunakan telefon bimbit? Bagaimana pula sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ini sehingga mereka berusia 19 atau 20 tahun nanti?

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Dr. George Carlo, kanak-kanak mempunyai tempurung kepala yang agak nipis berbanding orang dewasa. Otak mereka juga mengandungi kuantiti air yang lebih banyak berbanding otak orang dewasa. Oleh yang demikian, bahaya penggunaan telefon bimbit terhadap kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa. Ini adalah kerana frekuensi radio atau EMR (electromagnetic radiation) mudah melalui cecair di dalam otak kanak-kanak. Dengan itu, risiko kanser otak dan mata terhadap kanak-kanak adalah lebih tinggi.


Tips menggunakan telefon bimbit:


1. Guna telefon bimbit pada waktu penting sahaja seperti kecemasan atau untuk menyampaikan maklumat. Atau menghantar SMS itu lebih baik kerana telefon itu tidak diletakkan dekat dengan kepala.


2. Sekiranya anda hamil, kurangkan penggunaan telefon bimbit kerana ia turut memberi kesan terhadap janin atau perkembangan bayi yang berada di dalam kandungan. Lebih kerap menggunakan telefon biasa.


3. Hadkan masa perbualan anda! Bercakap tentang perkara yang penting atau jarakkan sedikit telefon bimbit dari telinga anda kerana jika anda jarakkan sebanyak 2 inci dari kepala anda, anda sebenarnya telah mengurangkan 75% risiko terkena kanser otak.


4. Cuba jauhkan telefon bimbit daripada tubuh badan anda setiap hari!Sekurang-kurangnya 7 inci dari badan anda, ini dapat mengurangkan 1% EMR untuk sampai ke badan anda.


5. Jangan letakkan telefon bimbit anda di dalam poket seluar, baju atau beg tangan, lebih baik anda memegangnya atau anda simpan disebelah sewaktu anda memandu. Ini adalah kerana EMR dapat mengakhibatkan kemandulan, kanser payudara, masalah buah pinggang dan jantung!


6. Jangan menggunakan ‘headsets’. Kerana gelombang EMR 3 kali ganda lebih mudah masuk ke dalam otak melalui telinga yang tersumbat dengan ‘headsets’.


7. Lebih baik menggunakan ‘loud speaker’ ketika menelefon. Ini kerana kedudukan telefon bimbit yang jauh daripada kepala akan mengurangkan risiko kanser otak.


8. Gunakan telefon apabila talian berada pada ‘full signal’. Sekiranya anda menggunakan telefon pada signal yang rendah, gelombang EMR semakin tinggi.


9. Tutup telefon bimbit anda sewaktu anda tidur. EMR yang ada di dalam telefon bimbit boleh mengganggu kualiti tidur anda.



Jika anda sayangkan anak-anak anda, didiklah mereka tentang keselamatan penggunaan telefon bimbit. Kita selalu berasa bangga sekiranya dapat menghadiahi sebuah telefon bimbit kepada anak kita, tapi kita juga harus ingat, bekalkan mereka dengan pengetahuan tentang bahaya penggunaan telefon bimbit tersebut. Supaya mereka lebih peka, bahawa alat yang mereka bawa itu patut digunakan pada masa tertentu sahaja bukan menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka!

Nota:
Maklumat diambil daripada http://www.naturalhealths/ trategies.com

April 12, 2010

Air Satu Sumber Tenaga



Air adalah ciptaan Allah SWT yang amat penting untuk keperluan makhlukNya. Bumi ini juga terdiri daripada 70% air dan selebihnya adalah dataran. Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah SWT jadikan, eksklusif untuk keselesaan manusia. Berdasarkan penemuan sains, air adalah sejenis sebatian yang jarang ditemui di angkasa. Bentuk cairan ini hanya di dapati wujud di dalam bumi dari seluruh sistem suria.


Allah ada menyebut di dalam Al’ Quran, bahawa Allah SWT menurunkan air dari langit dalam bentuk hujan, untuk membasahi muka bumi supaya tanah tanih di permukaan bumi ini menjadi subur serta boleh ditanam dengan pelbagai jenis tanaman untuk keperluan seluruh manusia. Sebagaimana Firman Allah di dalam Surah An-Nahl yang bermaksud:


“ Dialah yang menurunkan hujan dari langit sebahagiannya untuk minuman kamu dan sebahagiannya adalah untuk kamu bercucuk tanam dan binatang ternakan. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok zaitun, tamar dan anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Dan dengan yang demikian menjadi satu tanda bagi mereka yang mahu berfikir.” (surah An-Nahl ayat 10-11)

Menurut kajian, air yang sampai kepada kita di setiap kediaman merupakan ‘air mati’. Air ini tidak mengandungi sebarang tenaga melainkan ia hanyalah air biasa (kosong). Mengapakah kita namakan air ini sebagai ‘air mati’? Ini adalah kerana air yang sampai dikediaman kita menerusi pili telah ditakungkan di dalam empangan sekian lama dan tidak mengalir serta terjemur di panas matahari yang menyebabkan tenaga yang ada pada air tersebut hilang.

Bagaimanakah yang dikatakan air itu boleh mempunyai tenaga? Pada asasnya air ini akan keluar daripada bumi berbentuk mata air. Air dari dalam tanah ini mengambil masa yang lama serta melalui pelbagai proses untuk sampai ke permukaan bumi. Ia akan mengalir keluar melalui pelbagai jenis tanah, pasir serta batuan dan disepanjang pengaliran air untuk sampai ke permukaan bumi, ia akan menyerap tenaga yang ada pada tanah, pasir serta batu disepanjang proses laluannya ke permukaan bumi. Air sebegini hanya dapat diperolehi sekiranya kita masuk ke dalam hutan dan minum air dari anak-anak sungai yang jernih dan tiada sebarang pencemaran. Air inilah yang dinamakan ‘air mineral’, iaitu air yang kaya dengan garam galian dan bertenaga.


Air itu sendiri adalah satu sumber tenaga, walaupun ia tidak mempunyai warna atau perasa. Manusia memerlukan air untuk terus hidup dan melakukan pelbagai kegiatan harian mereka. Ini adalah kerana, tubuh kita terdiri daripada 80% air. Malah terdapat beberapa bahagian tubuh kita yang mempunyai kadar air melebihi 80%, iaitu otak (90%) dan darah (95%). Oleh itu, kita boleh membuat satu kesimpulan sekiranya tubuh kita kekurangan air, apakah yang akan terjadi?


Fungsi air di dalam tubuh kita ialah untuk membasahkan alveolus dalam paru-paru bagi membolehkan oksigen masuk dalam darah. Oleh itu, kita memerlukan air yang cukup untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam badan. Ini adalah kerana darah yang mengalir di dalam badan kita akan membawa oksigen keseluruh tubuh. Dengan oksigen yang mencukupi menjadikan pemikiran kita sentiasa tajam dan tidak mengantuk.


Salah satu peranan air ialah memelihara paras kekhutuban sel (cell polarity). Kekhutuban sel yang tinggi akan meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan sistem imun tubuh kita. Apabila kekhutuban sel ini jatuh daripada paras biasa, seseorang pelajar akan mudah terganggu dengan sebarang stimulasi dari luar seperti bunyi bising dari persekitaran. Bayangkan sekiranya hanya 2% air dalam badan kita berkurangan, ini akan mengakibatkan kita sukar untuk mengingat atau menghafal, kurang daya tumpuan (fokus), sukar berfikir dan mendapat sakit kepala.


Oleh yang demikian, Pakar Nutrisi menasihatkan agar setiap orang meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. 6 – 7 gelas mestilah dalam bentuk minuman dan selebihnya boleh didapati melalui buah-buahan dan makanan lain. Ini bagi memastikan paras kandungan air yang diperlukan oleh tubuh badan kita sentiasa berada di paras yang mencukupi untuk kegunaan badan seperti pernafasan, penghadaman, peredaran darah, fungsi saraf, otot serta fungsi otak.

Nota:
Gambar diambil daripada carian Google

April 10, 2010

AWAS! Penipuan Di dalam Perniagaan.

Selamat Bertemu Kembali.
Hari demi hari apabila kita membuka helaian akhbar, pasti kita akan terpandang tajuk-tajuk berita yang amat menyakitkan hati. Luahan rasa para pengguna yang terjerat dengan aktiviti penipuan perniagaan semakin rancak sejak akhir-akhir ini. Terpapar di dada-dada akhbar, bagaimana pengguna yang naif ini tertipu beserta plot jahat sesetengah syarikat jualan langsung yang tidak berhati perut tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Syarikat-syarikat ini pada hakikatnya tidak berdaftar ataupun didaftarkan dengan bentuk perniagaan yang bertentangan dengan aktiviti perniagaan mereka.


Hakikatnya, bukan puluhan mangsa yang terkena, bahkan ratusan dan ribuan pengguna sudah termakan umpan dan janji-janji manis syarikat-syarikat ini. Satu point yang menarik yang mereka janjikan adalah pulangan keuntungan yang tetap dengan kadar yang tinggi setiap bulan! Menarik bukan? Malah tidak setakat membuat para pengguna tidak dapat tidur malam kerana memikirkan yang mereka akan bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Syarikat-syarikat ini juga menjanjikan pelbagai faedah serta insentif sampingan yang menarik untuk para ahlinya. Hebat bukan?

Tetapi kita selaku pengguna, mestilah membuat satu pertimbangan yang mendalam, kajian yang terperinci serta mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pelaburan yang ditawarkan, sebelum kita menyerahkan sejumlah wang yang besar kepada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini. Para pengguna di Malaysia haruslah bersikap:

1. Rasional - sebagai pengguna, kita harus berfikir secara rasional ketika kita disogok dengan pelbagai maklumat daripada syarikat-syarikat jualan langsung ini. Jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun syarikat berkenaan menuntut kita membuat keputusan segera. Namun cuba kita hitung kembali, jika kita tersilap melabur wang simpanan kita, kita akan menyesal seumur hidup!

2. Panjang Akal - jika syarikat-syarikat ini bertujuan untuk menipu, kita sebagai pengguna juga boleh bersikap 'panjang akal'. Cuba cari jalan untuk mencari di mana kelemahan syarikat-syarikat ini. Jika mereka memberi maklumat yang bertentangan dengan akta perdagangan misalnya, kenal pasti itu adalah salah satu niat mereka untuk menipu pengguna. Banyakkan bersoal jawab dengan mereka, supaya mereka merasa sangsi dengan prinsip kita. Oleh itu, jangan cepat mengatakan YA pada semua info yang mereka berikan.

3. Ambillah masa untuk berfikir - kebanyakan pengguna yang terjebak dengan penipuan ini tidak punya masa untuk membuat keputusan. Mereka terdorong dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh syarikat jualan langsung. Mereka hanya nampak semua perkara yang baik dan menguntungkan! Perkara yang tidak munasabah dan tidak masuk akal tidak terpapar di dalam minda pada waktu itu, namun apabila sudah terhantuk baru lah rasa sakitnya. Barulah kita perasan di mana silapnya. Ingat! Nasi sudah menjadi bubur...

4. Bertanya dan berbincang dengan ahli keluarga atau teman-teman - "jangan nak kaya sorang!" Sikap sesetengah daripada kita yang suka menyembunyikan rahsia antara punca berleluasanya perkara sedemikian. Jika kita didatangai oleh mereka yang berkenaan lalu menawarkan pelaburan atau memberi hadiah sebuah kereta umpamanya. jangan bertindak melulu. Ambil telefon bimbit anda dan hubungi keluarga terdekat atau rakan taulan. Berkongsi maklumat dan tanya pendapat mereka. Mungkin pada masa itu kita tidak mampu untuk berfikir secara waras, maklumlah sebuah Toyota Camry terpacak di depan rumah, siapa yang tidak mahu, bukan? Jika anda berikan sedikit masa, anda tidak akan rugi...

5. Siasat latar belakang syarikat - anda boleh lakukannya sekiranya anda pulang ke rumah atau kembali ke tempat kerja. Cari maklumat berkenaan syarikat yang disebutkan di dalam senarai daftar syarikat, alamat, nombor telefon, aktiviti perniagaan, syarikat berpengkalan di mana, dan sebagainya. Tujuannya untuk memberi lebih keyakinan kepada diri anda sebelum membuat sebarang pelaburan.

6. Berdoa - Hal ini tidak dapat lari daripada setiap individu. Kita seharusnya sentiasa berserah diri kepada Allah SWT supaya diberikan petunjuk ke jalan kebenaran. Agar semua tindakan yang kita ambil datangnya daripada ketentuan Allah. Dengan itu, kita akan mudah merasa redha sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri kita.  


Ironinya, sudah ribuan makluman yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, pihak Polis, Persatuan Pengguna, Tribunal Pengguna dan isu ini seringkali dibincangkan di dalam media massa, tetapi masih ada yang terperangkap! Justeru itu di manakah silapnya? Adakah sikap segelintir rakyat Malaysia yang terlalu kreatif untuk cepat kaya? Berpijaklah di bumi yang nyata, bahawa untuk menjadi kaya bukannya mudah! Tiada jalan singkat ke arah itu, jalan yang kita lalui pastinya berliku untuk sampai ke puncak. Tanyalah pada mereka yang sudah bergelar jutawan. Pengorbanan mereka bertahun-tahun lamanya pasti membuahkan hasil yang membanggakan!

April 9, 2010

Tips Menjadi Jurucakap Produk Yang Berjaya!

Bertemu lagi!


Kita selalu mendengar orang yang lebih tua berkata "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!". Seringkali kata-kata seumpama ini kita kaitkan dengan menyimpan atau menabung. Namun begitu, kata-kata hikmat ini mempunyai maksud yang amat luas, berbeza mengikut persepsi setiap orang.


Bagi diri saya yang baru di dalam bidang perniagaan ini, kata-kata sebegitu menuntut kesabaran yang amat tinggi. Setiap hari kita akan memikirkan bagaimana untuk mencari pelanggan di dunia luar yang terlalu luas dan penuh dengan persaingan. Bukan sekadar ilmu di dada mestilah padu, bahkan semangat juga mesti kental! Apatah lagi sekiranya kita terpaksa meredah panas dan hujan untuk tujuan perniagaan kita.


Berdepan dengan pelanggan juga merupakan satu cabaran yang besar. Keadaan ini menuntut kita mahir di dalam perniagaan yang kita ceburi. Biar apa pun alasan dan kritikan yang dilemparkan kepada kita, kita harus terima dengan senyuman dan hati yang terbuka! Jangan pula kita menarik muka 14 disebabkan rasa diperlekeh atau diperendah-rendahkan oleh para pelanggan kita.

Hal sedemikian memang menjadi lumrah bagi diri mereka yang baru berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan. Tambahan pula sekiranya kita cuba memasarkan sesuatu produk yang masih setahun jagung di pasaran! Atau, sesuatu produk yang 'baru' di sesetengah kawasan. Keadaan ini menambahkan lagi rasa stress kepada diri kita. Namun kita harus ingat pada kata-kata hikmat tadi...setiap hari kita memberi sedikit maklumat, lama-kelamaan pelanggan akan lebih faham apa yang mahu kita sampaikan.


Bukan mudah untuk kita meyakinkan orang lain yang berada di luar sana. Mereka berada di dalam persekitaran yang cukup berbeda daripada kita, mereka mempunyai persepsi yang berlainan daripada kita, mereka mempunyai prinsip yang cukup kuat untuk mematahkan setiap hujah yang kita berikan dan yang pastinya mereka mempunyai hak untuk membuat pilihan! Tetapi apakah peranan kita?


Sebagai individu yang sentiasa mencari di manakah kekuatan diri, kita perlulah memiliki 'senjata' untuk berjuang, bukan? Jika kita berada di aliran ini:




1. Lengkapkanlah diri kita dengan seberapa banyak maklumat mengenai produk yang kita bawa, contohnya  saya sebagai jurucakap produk Fusion Excel (FE). Saya semestinya tahu sedalam-dalamnya tentang produk saya! Saya mestilah selalu menambah pengetahuan tentang kekuatan dan kelebihan produk saya dari semasa ke semasa.


2. Saya juga seharusnya peka dengan produk pesaing, jangan pula bila ditanya, kenapa produk keluaran ABC tidak bagus? Sebaliknya produk FE lebih baik? Maklumat sebegini perlu ada di hujung jari anda! Tetapi jangan cuba menyalahkan produk pesaing, kita berikan kelebihan produk kita berbanding dengan produk pesaing. Itu lebih sedap didengar oleh pelanggan, juga dapat menjaga reputasi syarikat.


3. Penampilan diri mestilah sentiasa ceria! Jika kita menjadi jurucakap produk kesihatan, jangan pula muka kita cengkung dan tidak bermaya. Ini akan mengurangkan keyakinan pelanggan mengenai produk yang cuba kita ketengahkan.


4. Dekati mereka yang rapat dengan kita dahulu. Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang memerlukan bantuan seperti sakit, kita cuba membantu dengan ikhlas. Cuba terangkan kepada mereka sekiranya mereka berminat untuk mencuba produk kita. Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja, jiran-jiran terdekat dan kawan sepasukan (sekiranya kita suka bersukan). Ini adalah kerana hubungan kita dengan mereka selama ini telah terjalin atas dasar kepercayaan dan keihlasan.


5. Jangan cepat putus asa. Keadaan seperti 'orang tak mahu mempedulikan apa yang kita cuba sampaikan' adalah perkara normal yang kita terima. Mungkin di dalam 20 orang pelanggan yang kita dekati, hanya 1 yang berminat untuk mendengar! Itu sudah cukup baik sebenarnya. Sekiranya kita memberi peluang kepada seorang individu berkenaan, lama-kelamaan berita tentang kehebatan produk kita akan tersebar kepada kluster yang lain pula. Ini akan membentuk satu rantaian maklumat yang baru, kerja kita juga mula menjadi mudah.


6. Tawakkal. Segala yang baik itu datangnya daripada bantuan Allah SWT. Kita hanya melakukan apa yang terbaik, membantu mereka yang memerlukan, menyampaikan apa yang perlu pelanggan di luar sana tahu tentang produk kita. Seterusnya kita bertawakkal, supaya kita tidak merasa kesal dikemudian hari.


Begitulah resam hidup sebagai manusia, sesuatu yang baik yang kita perolehi, perlulah kita sampaikan dan kongsikan dengan orang lain yang memerlukan. Produk Fusion Excel (FE) memiliki ciri-ciri yang hebat. Ia mempunyai tenaga skalar yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, InsyaAllah...cubalah tips ini, semoga anda boleh menjadi seorang jurucakap produk yang disegani!

Nota:
Gambar diambil daripada carian Google.

April 8, 2010

Blog n Suspected Spam Blog !

Selamat Sejahtera...


Ruangan Blogging Tips n Tricks ini ditulis secara eksklusif untuk para pembaca blog My Aura. Buat pertama kali, Blogging Tips n Tricks ini dipaparkan, supaya My Aura dapat berkongsi serba sedikit maklumat tentang blogging dengan para pengunjung blog. Kolumnis My Aura iaitu Uncle Ray, akan mendekati pengunjung blog untuk menyelesaikan masalah mereka.

Para pembaca yang budiman,
Pernahkan blog yang anda bangunkan tiba-tiba dilabel sebagai 'suspected spam blog' ? Akibatnya, terpapar satu mesej daripada Blogger setiap kali anda hendak memasuki blog tersebut. Para pelawat blog tersebut juga akan mendapat mesej yang sama, keadaan ini akan berterusan sehinggalah satu tindakan diambil oleh pemilik blog tersebut supaya blog yang telah dilabel sebagai 'suspected spam blog' itu dibebaskan oleh Blogger.


Carian melalui Sifu Google memberikan serba sedikit tips bagi menyelesaikan masalah sebegini. Pengalaman para blogger yang dikongsi menerusi ruangan Sifu Google juga banyak membantu. Oleh itu, sekiranya anda para blogger yang melalui masalah ini, janganlah merasa segan untuk bertanya kepada Sifu Google berkenaan masalah yang anda hadapi.

Jadi, sekiranya blog yang anda bangunkan dilabel sebagai 'suspected spam blog', Uncle Ray akan memberikan tips yang sesuai...




Langkah 1:
Segera membuat rayuan kepada Blogger. Anda hanya perlu memasuki dashboard blog anda dan klik  pada ikon 'request for review'.



Langkah 2:
Membuat rayuan kepada Blogger melalui laman web ini:


Langkah 3:
Membuat posting untuk memaklumkan masalah anda kepada Blogger melalui Blogger Help forum. Anda perlu login menggunakan blogger akaun anda untuk tujuan ini. Nyatakan  juga tarikh dan masa anda melaksanakan Langkah 1 dan 2 di atas di dalam posting anda.


Nota: Anda perlu lakukan semua proses di atas mengikut urutan i.e. Mohon semak - Membuat rayuan - membuat posting ke Blogger Help tanpa menunggu jawapan daripada langkah terawal.

Semak e-mail anda untuk sebarang maklumbalas daripada Blogger. Kebiasaannya, proses mengambil masa sekitar 48 jam untuk mendapat respon.


Perbincangan berikut juga amat membantu:


Teruskan usaha sehingga blog anda dikeluarkan daripada senarai hitam spam robot. Berikut merupakan bantuan yang telah diberikan oleh Blogger kepada saya.



Selamat mencuba!

Ibu Umpama Lilin

                                 Salam Sejahtera.
Lama rasanya kita tidak bersua, mungkin disebabkan kesuntukan masa untuk melakukan semua tugasan harian yang tak pernah langsai di dalam diari seorang wanita yang bergelar IBU. Setiap hari, apabila terbit fajar, kita akan mula merangka semua aktiviti yang hendak dilakukan seawal jam 5 pagi sehinggalah 12 tengah malam nanti. Bagi seorang isteri, ibu dan juga wanita yang memikul semua tanggungjawab di rumah serta di tempat kerja, mereka amatlah sibuk.


Belum cukup dengan bebanan tugas sebagai seorang IBU, kita selalunya terbeban dengan hambatan masa yang tidak pernah cukup walaupun telah diperuntukan selama 24 jam sehari. Rasanya masa itu terlalu mencemburui kita, tak cukup masa untuk sediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah, tak sempat nak mencuci pakaian walaupun dah tersedia mesin basuh, tak ada masa nak mengemas rumah sehingga rumah kelihatan tunggang langgang dan yang paling menyedihkan kita tidak punya masa untuk diri kita sendiri!


Namun begitu, hal ini tidak boleh berlarutan, kita sebagai wanita dan IBU harus 'bijak'. Jangan biarkan diri kita bergerak melawan masa. Kita sebagai wanita dan IBU harus cekap bergerak bersama masa yang berlalu. Bila kita rasakan, yang masa itu terlalu pantas, kita juga mesti lebih pantas berbanding masa tersebut. Mungkin semua akan berkata "mana boleh? Susah...tak mungkin boleh...." tapi semua itu hanyalah alasan yang kita berikan supaya kita menyerah kalah kepada masa sebelum kita memulakan perhitungan ini! Jangan patah semangat!


Jika kita tidak sempat menyediakan sarapan untuk anak-anak kita ke sekolah? Kita tanya kepada diri kita; "jam berapa kita bangun pagi ni?" sekiranya kita bangkit dari jam 5 pagi, InsyaAllah kita pasti sempat menyediakan sarapan untuk anak-anak kesayangan kita. Jika kita memulakan hari kita seawal mungkin, sudah pasti kita dapat melangsaikan semua tugasan kita setiap hari tanpa rasa tertekan. Justeru ada yang mengatakan; "macam mana nak bangun pukul 5? Tidur pun dah pukul 1 pagi!" Di sinilah kesilapan kita sebenarnya. Sebagai seorang wanita dan IBU yang bijak kita harus tidur awal untuk memulakan hari yang mantap!


Maksud tidur awal, bukanlah jam 10 malam dah mula mencari selimut. Jika kita sudah menyiapkan semua tugas harian dengan sempurna, hati dan fikiran kita akan tenang, walaupun kita tidur jam 12 tengah malam, InsyaAllah kita akan terjaga seawal jam 4.30 atau 5 pagi! Anda  tak percaya? Anda boleh mencubanya, ini adalah kerana, kita mendapat tidur yang berkualiti selama 5 jam, fikiran kita tenang, hati kita tidak merasa runsing, badan kita sihat! Jadi kita bukan sahaja mendapat kualiti di dalam tidur, malah setiap kali bangun pagi akan terserlah keceriaan pada wajah kita! Kita sentiasa bertenaga. Anak-anak serta suami turut gembira melihat air muka kita yang ceria dan kita akan melangkah ke tempat kerja dengan penuh keyakinan tanpa rasa gusar yang rumah kita tunggang langgang.


Sebagai wanita yang bergelar IBU, kita seharusnya banyak berkorban. Jangan merasakan pengorbanan kita itu sia-sia sahaja. Untuk mendapatkan segunung intan bukannya mudah. Untuk mendapat keluarga yang harmoni juga bukannya dengan sekelip mata. Untuk melihat anak-anak kita berjaya bukan dengan memetik jari! Tetapi ia merupakan satu proses yang panjang dan konsisten. Bagaimana untuk mendapatkan satu 'manual' bagi membentuk sebuah keluarga yang berjaya? Jawapannya ada pada diri kita sebagai seorang isteri dan IBU.


Suami adalah pengemudi tetapi isteri adalah penasihat yang menentukan hala tuju sesebuah bahtera keluarga. Jarang ada suami yang menentukan 'do and don'ts' dalam keluarganya. Semuanya diserahkan kepasa si isteri untuk mencaturkan masa setiap hari demi keluarga. Sebab itulah IBU ibarat lilin yang membakar diri untuk kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga. Menjelang abad ke 21 ini IBU bukan lagi lilin yang hanya menyinari ruang tetapi jadilah lilin aromaterapi yang menerangi sambil menyegarkan seluruh isi rumah...ia lebih bermakna, bukan?

April 7, 2010

Seminar Dr Masaru Emoto Di KL Merupakan Satu Kejayaan.


Sebuah seminar anjuran Fusion Excel (FE) yang bertajuk “The Power Of Scalar Energy Water" telah diadakan bertempat di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), MARDI, Serdang, baru-baru ini. Seminar yang dihadiri oleh lebih 2000 orang peserta dari seluruh negara ini disifatkan amat berjaya dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan!



Seminar yang telah berlangsung pada 3 April 2010 ini, membawa seorang tetamu yang amat istimewa iaitu Dr. Masaru Emoto seorang saintis terulung dunia yang membuat kajian mengenai keajaiban molekul air. Para peserta seminar amat bertuah kerana dapat bertemu dengan beliau dan mendengar ceramah hasil daripada kajian beliau mengenai molekul air selama ini.


Bersempena dengan seminar ini juga, para peserta dapat mendengar taklimat mengenai "What is Scalar Energy?" yang dibentang oleh Dr Amir Farid. Para peserta juga berpeluang menyaksikan demonstrasi produk Quantum FE oleh Presidential Director KC Phoon & jurucakap FusionExcel Jean Daniel. Sebelum Majlis bersurai, cabutan bertuah sebuah kereta Proton Saga 1.3 telah pun dibuat beserta dengan 10 hadiah saguhati. Seminar ini merupakan satu kejayaan oleh Fusion Excel.



Nota:
Maklumat dan gambar diambil daripada www.fusionexcel.com

April 5, 2010

FE menaja '7 Summits Expedition'


Ekspedisi 7 Puncak atau “7 Summits Expedition” telah dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamaluilail bertempat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 24 Mac yang lalu. Bersempena dengan ekspedisi ini Fusion Excel (FE) amat berbesar hati menyumbang wang tunai sebanyak RM62,000 (termasuk produk) bagi memberi sokongan terhadap anak muda yang berjiwa besar iaitu Mr. Muhamad Muqharabbin A.K.A. Qobin, juga merupakan seorang jurucakap FE yang menyertai ekspedisi ini.


Ekspedisi yang meragkumi 7 benua iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Antartik, Asia, Eropah, Afrika dan benua Australia bakal mengharumkan nama negara dengan penaklukan 7 puncak di setiap benua tersebut. Ketujuh-tujuh puncak itu merangkumi Gunung Everest di Nepal, Gunung Kilimanjaro di Tanzania, Gunung Mc Kindley di USA, Gunung Aconcagua di Argentina, Gunung Vinson Massif di Antartica, Gunung Kosciousko di Australia, Gunung Elbrus di Russia dan Gunung Cartzen Pyramid di Indonesia.




Qobin memberitahu hasratnya untuk menawan 7 puncak ini adalah sebagai simbol “Satu Malaysia” iaitu perpaduan Malaysia! Marilah kita mendoakan kejayaan Qobin didalam ekspedisi ini dan beliau turut membawa bendera FE untuk dikibarkan di puncak setiap gunung yang berjaya ditaklukinya! Semoga Berjaya!

Nota:
Maklumat dan gambar diambil daripada www.fusionexcel.com  

FE menaja Women Of Independence Conference.


Pada 9 dan 10 Mac 2010 yang lalu, satu persidangan wanita telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan yang bertempat di JW Marriot ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Sempena persidangan ‘Women Of Independence Conference’, Fusion Excel (FE) telah menaja wang tunai beserta produk bernilai RM150,000.




Persidangan yang diadakan selama 2 hari ini dihadiri oleh 400 orang wanita penting (top management women) di Malaysia. Jurucakap FE iaitu Natasha Andrea Oon (World Junior Golf Champion) dan Pengurus Pemasaran FE iaitu Mr Patrick Chan turut hadir bagi mewakili Fusion Excel (FE) ke persidangan tersebut. Di dalam majlis yang gilang gemilang ini, Datin Paduka Seri Rosmah dihadiahi dengan produk FE dan beliau merasa amat berbesar hati menerimanya.


Nota:
Maklumat dan gambar diambil daripada http://www.fusionexcel.com/

April 2, 2010

Fikirlah Sejenak.

Salam Sejahtera.

Pagi Jumaat yang mulia ini, bersama-samalah kita bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana masih dianugerahkan dengan kesihatan dan kebahagian di samping keluarga tercinta. Adakah kita terfikir mereka yang terlantar sakit pada ketika ini, bagaimana perasaan ahli keluarga mereka yang sentiasa memanjatkan doa untuk orang yang mereka kasihi.

Sebagai seorang insan, kita akan merasa gembira apabila melihat orang-orang di sekeliling kita sentiasa sihat dan ceria. Acapkali, kita akan tersenyum senang apabila melihat atau mendengar khabar daripada seseorang yang dahulunya dia menderita pelbagai jenis penyakit tetapi hari ini dia kembali sihat dan bertenaga. Keluarga mereka turut gembira.

Apatah lagi jika kita turut sama membantu seseorang itu mencapai kesihatan yang mereka inginkan.Tentunya hati kita akan merasa puas melihat hasil usaha kita selama ini, disamping berkat doa semua ahli keluarga. Tatkala ini terasa wang ringgit itu tidak bernilai lagi yang ada hanyalah nikmat sihat yang Allah berikan semula kepada kita. Bak kata orang; "wang ringgit boleh dicari, tapi nak sihat macam dulu tak tentu lagi..."

Sementara kita masih lagi berupaya untuk melaksanakan tugas seharian, bersyukurlah...kerana kita tidak tahu saat bila kita akan ditimpa kemalangan. Berusahalah untuk menjadi seorang yang sihat supaya kita dapat meningkatkan amalan kita kepada Allah setiap hari. Sayangilah diri kita kerana masih ramai yang memerlukan kita di sisi mereka. 

April 1, 2010

Promosi Quantum Spa

Promosi Quantum Spa


Promosi Quantum Beauty Soap

Promosi Quantum Soap


Promosi Quantum Water Filter

Promosi Quantum Water Filter


Promosi Quantum Watch

Promosi Quantum Watch


Promosi Produk Quantum Bracelet

Promosi Produk Quantum Bracelet


Promosi Quantum Sport Flask

Promosi Quantum Sport Flask!!


Promosi Quantum Pendant

Promosi Quantum Pendant!!



MILO - Minuman Yang Diperkuat?

Salam Ceria!
Janganlah kita merasa hairan, sekiranya setiap pagi kita akan membancuh seteko MILO untuk hidangan anak-anak kita ke sekolah. Kadang-kadang, kita tertanya-tanya adakah kita yang lebih terpengaruh dengan iklan atau anak-anak kita? Di dalam minda kita sebagai seorang ibu sentiasa tertanam satu azam mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Kita mahu melihat mereka membesar dengan sihat, kuat dan cemerlang! Minuman MILO ini bukan sekadar kita hidangkannya di rumah, malah kita bekalkan air MILO ini ke sekolah! Sambil itu kita berpesan lagi, "nanti kalau air dah habis, belilah MILO ais kat kantin ye..." Begitulah sikap perihatin kita sebagai ibu terhadap anak-anak.

Oleh kerana MILO ini semakin sensasi, sehinggakan di bawah jejantas pun ada yang menjual MILO, maka kita mula berfikir, betul ke MILO ni air yang menyihatkan? Sejauh manakah air MILO ini membantu anak-anak kita di dalam pembelajaran mereka? Itu tidak dapat dipastikan, yang pasti MILO ini sangat sedap rasanya, sehingga ia dijadikan coklat, snek dan juga ais krim! Begitulah daya tarikan MILO.

Namun, bagi diri saya, saya tidak gemar menghidangkan air manis untuk anak-anak. Sekadar semasa sarapan pagi sahaja. Anak-anak saya lebih gemar minum air  'kosong yang diperkuat' atau 'energized water'. Semua orang tertanya-tanya di manakah saya boleh mendapatkan 'energized water' tu? Saya jawab; "di rumah, setiap hari, setiap masa! Tanpa dikenakan sebarang bayaran...free sahaja." Mereka naik hairan. Mereka sangkakan saya menggunakan 'Water Filter' yang meletup di pasaran sekarang, saya kata TIDAK!

Setiap hari saya akan mengisi air minuman saya di dalam Quantum Sport Flask dan memberikannya kepada keluarga saya. Kenapa saya katakan yang ia adalah 'energized water'? Ini adalah kerana, air yang disimpan di dalam flask ini akan diprogramkan menjadi molekul air yang bertenaga, kaya dengan mineral serta sarat dengan oksigen. Oksigen juga membantu di dalam pengaliran darah ke otak dan sistem saraf yang lain di dalam tubuh. Saya turut membekalkan mereka dengan air yang telah dicas menggunakan Quantum Sport Flask ke sekolah. Al'hamdulillah...dengan izin Allah anak-anak saya jarang jatuh sakit, sentiasa aktif, lebih fokus semasa belajar dan kuat.

Tiada tips yang lebih istimewa untuk melihat anak-anak kita berjaya. Pilihlah antara MILO dan Quantum Sport Flask. Pilihan yang tepat oleh ibu-ibu yang hebat!

Adab Menghormati Jiran

Salam Sembang...
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar kes kanak-kanak yang diserang demam campak. Sehingga hampir seisi keluarga tidak mengira usia turut dijangkiti oleh virus campak ini. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa takut juga hendak menghantar anak-anak ke sekolah terutama anak-anak yang tinggal di taman asuhan (nursery). Manakan tidak, anak-anak kecil ini selalunya tidak tahu mengapa kawan-kawan mereka dijangkiti virus campak ni. Mereka selalunya bertambah hairan melihat badan kawan-kawan mereka ditumbuhi bintat merah yang mereka sangkakan 'tahi lalat'! Ada anak-anak kita yang pulang dari taska mengatakan salah seorang kawannya ditumbuhi banyak 'tahi alat' warna merah lagi!!! Mereka pelik!...

Itulah ragam anak-anak kecil yang baru hendak mengenal erti persahabatan dan zaman persekolahan. Jika kita bertanya; "Adik duduk dekat-dekat ke dengan kawan adik yang banyak 'tahi lalat' tu?" dia menjawab; "mestilah mama...dia kawan baik adik!" Hai...mulalah hati kita gundah gulana dibuatnya, berdoa semoga anak kita tak dijangkiti demam campak. Begitulah sikap jujur anak-anak kecil yang sangat kita kagumi.

Seperti kisah jiran saya ini, yang terlalu risau salah seorang anaknya dijangkiti demam campak, akhirnya hampir satu keluarga terkena wabak tersebut. Si ibu bertanya kepada jiran-jiran di manakah dia boleh mendapatkan 'daun mambu' untuk memandikan anak-anaknya. Lalu saya memperkenalkan Quantum Sport Flask kepadanya, supaya dia mencuba. Saya menceritakan beberapa testimoni pengguna Quantum Sport Flask yang telah berjaya mengurangkan masalah iritasi kulit. Penyakit kudis buta, sopak, kurap, allergy, gatal dan eczema berjaya dirawat dengan meminum serta menyapu air dari flask ini. Saya menyuruh Si Ibu agar mencubanya kerana kasihan melihatkan salah seorang anaknya yang kegatalan sehingga tidak boleh tidur!

Akhirnya Si Ibu mengambilnya. Saya berpesan, ini adalah salah satu cara usaha dan ikhtiar, bukan meyakini produk itu mampu menyembuhkan, hanya Allah yang berkuasa memberi lalu menyembuhkan sesuatu penyakit. Apa yang penting, kita berusaha...samalah juga jika kita mempercayai daum mambu itu mampu menyembuhkan demam campak.

Selepas seminggu, saya bertemu dengan Si Ibu untuk bertanyakan khabar anak-anaknya. Dia memberitahu anak-anaknya telah pun beransur sembuh. Syukurlah...Tiba-tiba Si Ibu memulangkan semula flask yang saya berikan tempoh hari lalu berkata; " Saya tak guna pun termos tu...saya cari daun mambu untuk mandikan anak-anak saya, syukurlah semuanya dah ok." Saya tidak terkejut sedikit pun, memang tidak dinafikan masih ada masyarakat kita yang terikat dengan cara dan adat lama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Saya mengambil flask itu dan mengucapkan terima kasih.

Kehidupan berjiran perlulah saling bantu membantu serta hormat menghormati. Saya amat menghormati keputusan jiran saya itu yang memilih cara tradisional untuk merawat demam campak anak-anaknya. Tetapi bagi diri saya, tak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, asalkan tidak melanggar perkara akidah. Zaman telah berubah, telah banyak penemuan baru di dalam bidang perubatan dan teknologi diterokai. Mengapa kita harus takut mencuba? Jawapanya ada pada anda di luar sana....