RSS

April 2, 2010

Fikirlah Sejenak.

Salam Sejahtera.

Pagi Jumaat yang mulia ini, bersama-samalah kita bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana masih dianugerahkan dengan kesihatan dan kebahagian di samping keluarga tercinta. Adakah kita terfikir mereka yang terlantar sakit pada ketika ini, bagaimana perasaan ahli keluarga mereka yang sentiasa memanjatkan doa untuk orang yang mereka kasihi.

Sebagai seorang insan, kita akan merasa gembira apabila melihat orang-orang di sekeliling kita sentiasa sihat dan ceria. Acapkali, kita akan tersenyum senang apabila melihat atau mendengar khabar daripada seseorang yang dahulunya dia menderita pelbagai jenis penyakit tetapi hari ini dia kembali sihat dan bertenaga. Keluarga mereka turut gembira.

Apatah lagi jika kita turut sama membantu seseorang itu mencapai kesihatan yang mereka inginkan.Tentunya hati kita akan merasa puas melihat hasil usaha kita selama ini, disamping berkat doa semua ahli keluarga. Tatkala ini terasa wang ringgit itu tidak bernilai lagi yang ada hanyalah nikmat sihat yang Allah berikan semula kepada kita. Bak kata orang; "wang ringgit boleh dicari, tapi nak sihat macam dulu tak tentu lagi..."

Sementara kita masih lagi berupaya untuk melaksanakan tugas seharian, bersyukurlah...kerana kita tidak tahu saat bila kita akan ditimpa kemalangan. Berusahalah untuk menjadi seorang yang sihat supaya kita dapat meningkatkan amalan kita kepada Allah setiap hari. Sayangilah diri kita kerana masih ramai yang memerlukan kita di sisi mereka. 

1 comments:

My Aura said...

Seorang Pakcik yang mengalami masalah buah pinggang mengalami bengkak pada kedua tangan dan kakinya. Keadaan sembab begini berlarutan beberapa minggu. Kami telah mengesyorkan dia menggunakan Quantum Sport Flask & Quantum Pendant selama seminggu. Kini dia bersyukur, kerana bengkak di tangan dan kakinya telah hilang. Dia boleh pergi menunaikan solat di surau semuala.

Post a Comment

Leave your comment