RSS

March 30, 2010

Kisah Tiga Makcik.

Minggu lepas saya melalui sebatang jalan di pekan, lalu ternampak sebuah gerai menjual gorengan. Penjualnya ialah tiga orang makcik. Seorang makcik sakit kaki, yang seorang tu makcik selalu sakit gigi dan yang seorang lagi makcik obesiti.

Tujuan asal saya ialah hendak membeli gorengan, tetapi ada juga beberapa keping risalah Fusion Excel (FE) terselit di dalam 'handbag' saya. Bila mendekati tiga orang makcik ni, terdengar perbualan mereka yang bersungut sakit-sakit badan lantas saya pun mengeluarkan risalah FE untuk ditunjukkan kepada mereka.

Pada mulanya mereka terlopong mendengar penerangan saya mengenai keajaiban Quantum Pendant! Lantas ketiga-tiganya tak sabar-sabar nak melihat sampel produk. Saya berlari mengambil beberapa sampel produk yang sentiasa saya bawa ke mana-mana di dalam kereta.

Bila saya tunjukkan Quantum Pendant itu kepada mereka, muka mereka bertambah hairan. Boleh ke batu hitam ni mengubati pelbagai jenis penyakit? Hmmm macam tak masuk akal! Saya cuba meyakinkan mereka lagi dengan beberapa testimoni antaranya suami saya yang juga berada di situ menceritakan tentang resdung dan batu karangnya yang telah sembuh. Mereka kagum!

Lalu mereka bertanya berapa harga satu Quantum Pendant tersebut? Tiba-tiba je perasaan ingin tahu mereka berkurangan...tekak saya pun terasa kering, ternampak air milo ais yang dibancuh oleh makcik obesiti tu sedap sekali! Lalu saya pun meninggalkan no telefon sekiranya makcik bertiga masih berminat, telefonlah saya ye...

Itulah biz namanya...hakikatnya tidak mudah seperti yang kita sangkakan.

1 comments:

My Aura said...

Kehadiran kali kedua bertemu makcik tu nampaknya telah membuahkan hasil. Mereka pun nampak amat berminat untuk menghadiri sesi demonstrasi produk nanti :-)

Post a Comment

Leave your comment