RSS

March 31, 2010

Ustaz Dan Kismis Minda

Beberapa hari yang lepas, saya bertemu dengan seorang ustaz di Jitra. Kebetulan saya ke kedainya untuk membuat fotostat bagi beberapa bahan penulisan. Saya merasa kasihan melihat ustaz tersebut yang terhendap-hendap mencari 'button' mesin fotostatnya kerana pandangan matanya yang agak kabur. Lantas saya membantu ustaz tersebut. Sambil dia menceritakan masalah perniagaannya, saya mengambil peluang untuk menceritakan kebaikan produk saya pula! (Quantum Pendant dan Quantum Sport Flask). Sambil bersembang, ramai pelanggan yang keluar dan masuk ke kedai. Saya memerhatikan ustaz tersebut yang bukan sahaja mengalami masalah penglihatan bahkan juga daya ingatannya sudah mula berkurangan.

Habis sahaja pelanggan yang terakhir, saya mengeluarkan Quantum Pendant dari dalam beg kertas yang saya bawa. saya menunjukkan pendant itu kepada ustaz tersebut lalu dia ketawa. Dia tidak percaya yang pendant itu mampu memberi penyelesaian kepada masalah beliau. Saya meyakinkan supaya ustaz mencubanya dalam masa 3 hari tanpa saya mengambil sebarang bayaran! Namun ustaz itu masih enggan menerimanya lalu beliau berkata " Takpelah... saya buleh makan kismis minda ni ha! Kismis pun buleh bagi mata kita terang! Lagipun sekotak cuma seringgit! Kalau tak berkesan pun tak ralat sangat!" Saya tersenyum...

Selesai sahaja fotostat saya menyusun semua kertas dan membayar harganya. Sempat saya meninggalkan sekeping risalah FE untuk ustaz tersebut dan berpesan " Kalau ustaz terpiqiak nak cuba loket tu, telefon ler nombor tu na..." Saya terpandang di atas mejanya mungkin terdapat 20 kotak kismis minda yang masih belum dibuka, saya tertawa!

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment