Air adalah ciptaan Allah SWT yang amat penting untuk keperluan makhlukNya. Bumi ini juga terdiri daripada 70% air dan selebihnya adalah dataran. Ini merupakan satu keistimewaan yang Allah SWT jadikan, eksklusif untuk keselesaan manusia. Berdasarkan penemuan sains, air adalah sejenis sebatian yang jarang ditemui di angkasa. Bentuk cairan ini hanya di dapati wujud di dalam bumi dari seluruh sistem suria.

“ Dialah yang menurunkan hujan dari langit sebahagiannya untuk minuman kamu dan sebahagiannya adalah untuk kamu bercucuk tanam dan binatang ternakan. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok zaitun, tamar dan anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Dan dengan yang demikian menjadi satu tanda bagi mereka yang mahu berfikir.” (surah An-Nahl ayat 10-11)
Menurut kajian, air yang sampai kepada kita di setiap kediaman merupakan ‘air mati’. Air ini tidak mengandungi sebarang tenaga melainkan ia hanyalah air biasa (kosong). Mengapakah kita namakan air ini sebagai ‘air mati’? Ini adalah kerana air yang sampai dikediaman kita menerusi pili telah ditakungkan di dalam empangan sekian lama dan tidak mengalir serta terjemur di panas matahari yang menyebabkan tenaga yang ada pada air tersebut hilang.


Fungsi air di dalam tubuh kita ialah untuk membasahkan alveolus dalam paru-paru bagi membolehkan oksigen masuk dalam darah. Oleh itu, kita memerlukan air yang cukup untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam badan. Ini adalah kerana darah yang mengalir di dalam badan kita akan membawa oksigen keseluruh tubuh. Dengan oksigen yang mencukupi menjadikan pemikiran kita sentiasa tajam dan tidak mengantuk.
Salah satu peranan air ialah memelihara paras kekhutuban sel (cell polarity). Kekhutuban sel yang tinggi akan meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan sistem imun tubuh kita. Apabila kekhutuban sel ini jatuh daripada paras biasa, seseorang pelajar akan mudah terganggu dengan sebarang stimulasi dari luar seperti bunyi bising dari persekitaran. Bayangkan sekiranya hanya 2% air dalam badan kita berkurangan, ini akan mengakibatkan kita sukar untuk mengingat atau menghafal, kurang daya tumpuan (fokus), sukar berfikir dan mendapat sakit kepala.
Oleh yang demikian, Pakar Nutrisi menasihatkan agar setiap orang meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. 6 – 7 gelas mestilah dalam bentuk minuman dan selebihnya boleh didapati melalui buah-buahan dan makanan lain. Ini bagi memastikan paras kandungan air yang diperlukan oleh tubuh badan kita sentiasa berada di paras yang mencukupi untuk kegunaan badan seperti pernafasan, penghadaman, peredaran darah, fungsi saraf, otot serta fungsi otak.
Nota:
Gambar diambil daripada carian Google
0 comments:
Post a Comment
Leave your comment