RSS

April 9, 2010

Tips Menjadi Jurucakap Produk Yang Berjaya!

Bertemu lagi!


Kita selalu mendengar orang yang lebih tua berkata "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!". Seringkali kata-kata seumpama ini kita kaitkan dengan menyimpan atau menabung. Namun begitu, kata-kata hikmat ini mempunyai maksud yang amat luas, berbeza mengikut persepsi setiap orang.


Bagi diri saya yang baru di dalam bidang perniagaan ini, kata-kata sebegitu menuntut kesabaran yang amat tinggi. Setiap hari kita akan memikirkan bagaimana untuk mencari pelanggan di dunia luar yang terlalu luas dan penuh dengan persaingan. Bukan sekadar ilmu di dada mestilah padu, bahkan semangat juga mesti kental! Apatah lagi sekiranya kita terpaksa meredah panas dan hujan untuk tujuan perniagaan kita.


Berdepan dengan pelanggan juga merupakan satu cabaran yang besar. Keadaan ini menuntut kita mahir di dalam perniagaan yang kita ceburi. Biar apa pun alasan dan kritikan yang dilemparkan kepada kita, kita harus terima dengan senyuman dan hati yang terbuka! Jangan pula kita menarik muka 14 disebabkan rasa diperlekeh atau diperendah-rendahkan oleh para pelanggan kita.

Hal sedemikian memang menjadi lumrah bagi diri mereka yang baru berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan. Tambahan pula sekiranya kita cuba memasarkan sesuatu produk yang masih setahun jagung di pasaran! Atau, sesuatu produk yang 'baru' di sesetengah kawasan. Keadaan ini menambahkan lagi rasa stress kepada diri kita. Namun kita harus ingat pada kata-kata hikmat tadi...setiap hari kita memberi sedikit maklumat, lama-kelamaan pelanggan akan lebih faham apa yang mahu kita sampaikan.


Bukan mudah untuk kita meyakinkan orang lain yang berada di luar sana. Mereka berada di dalam persekitaran yang cukup berbeda daripada kita, mereka mempunyai persepsi yang berlainan daripada kita, mereka mempunyai prinsip yang cukup kuat untuk mematahkan setiap hujah yang kita berikan dan yang pastinya mereka mempunyai hak untuk membuat pilihan! Tetapi apakah peranan kita?


Sebagai individu yang sentiasa mencari di manakah kekuatan diri, kita perlulah memiliki 'senjata' untuk berjuang, bukan? Jika kita berada di aliran ini:




1. Lengkapkanlah diri kita dengan seberapa banyak maklumat mengenai produk yang kita bawa, contohnya  saya sebagai jurucakap produk Fusion Excel (FE). Saya semestinya tahu sedalam-dalamnya tentang produk saya! Saya mestilah selalu menambah pengetahuan tentang kekuatan dan kelebihan produk saya dari semasa ke semasa.


2. Saya juga seharusnya peka dengan produk pesaing, jangan pula bila ditanya, kenapa produk keluaran ABC tidak bagus? Sebaliknya produk FE lebih baik? Maklumat sebegini perlu ada di hujung jari anda! Tetapi jangan cuba menyalahkan produk pesaing, kita berikan kelebihan produk kita berbanding dengan produk pesaing. Itu lebih sedap didengar oleh pelanggan, juga dapat menjaga reputasi syarikat.


3. Penampilan diri mestilah sentiasa ceria! Jika kita menjadi jurucakap produk kesihatan, jangan pula muka kita cengkung dan tidak bermaya. Ini akan mengurangkan keyakinan pelanggan mengenai produk yang cuba kita ketengahkan.


4. Dekati mereka yang rapat dengan kita dahulu. Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang memerlukan bantuan seperti sakit, kita cuba membantu dengan ikhlas. Cuba terangkan kepada mereka sekiranya mereka berminat untuk mencuba produk kita. Begitu juga dengan rakan-rakan sekerja, jiran-jiran terdekat dan kawan sepasukan (sekiranya kita suka bersukan). Ini adalah kerana hubungan kita dengan mereka selama ini telah terjalin atas dasar kepercayaan dan keihlasan.


5. Jangan cepat putus asa. Keadaan seperti 'orang tak mahu mempedulikan apa yang kita cuba sampaikan' adalah perkara normal yang kita terima. Mungkin di dalam 20 orang pelanggan yang kita dekati, hanya 1 yang berminat untuk mendengar! Itu sudah cukup baik sebenarnya. Sekiranya kita memberi peluang kepada seorang individu berkenaan, lama-kelamaan berita tentang kehebatan produk kita akan tersebar kepada kluster yang lain pula. Ini akan membentuk satu rantaian maklumat yang baru, kerja kita juga mula menjadi mudah.


6. Tawakkal. Segala yang baik itu datangnya daripada bantuan Allah SWT. Kita hanya melakukan apa yang terbaik, membantu mereka yang memerlukan, menyampaikan apa yang perlu pelanggan di luar sana tahu tentang produk kita. Seterusnya kita bertawakkal, supaya kita tidak merasa kesal dikemudian hari.


Begitulah resam hidup sebagai manusia, sesuatu yang baik yang kita perolehi, perlulah kita sampaikan dan kongsikan dengan orang lain yang memerlukan. Produk Fusion Excel (FE) memiliki ciri-ciri yang hebat. Ia mempunyai tenaga skalar yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, InsyaAllah...cubalah tips ini, semoga anda boleh menjadi seorang jurucakap produk yang disegani!

Nota:
Gambar diambil daripada carian Google.

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment