RSS

April 16, 2010

Radiasi Telefon Bimbit

Salam Sejahtera.
Semenjak kebelakangan ini terdapat 30,000 kes melibatkan penyakit kanser otak dan mata berpunca daripada kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan penduduk di seluruh dunia. Laporan yang dikeluarkan berdasarkan kajian epidemiologi menunjukkan pada tahun 2010 sahaja kes kanser otak dan kanser mata ini telah meningkat sebanyak 20,000 kes menjadikan 50,000 kes yang telah dilaporkan (iaitu selepas 2 tahun artikel ini ditulis). Kesemua kes ini adalah akhibat daripada penggunaan telefon bimbit.



Kajian ini dilakukan terhadap orang dewasa yang menggunakan telefon bimbit selama 500 ke 1,000 minit setiap bulan. Iaitu selama 15-30 minit sehari selama 10 ke 12 tahun menunjukkan risiko untuk mendapat kanser otak dan mata ini meningkat sebanyak 2 kali ganda ke 3 kali ganda! Namun apakah pula kesannya terhadap kanak-kanak yang berumur di antara 8 ke 9 tahun, yang telah menggunakan telefon bimbit? Bagaimana pula sekiranya mereka menggunakan telefon bimbit ini sehingga mereka berusia 19 atau 20 tahun nanti?

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Dr. George Carlo, kanak-kanak mempunyai tempurung kepala yang agak nipis berbanding orang dewasa. Otak mereka juga mengandungi kuantiti air yang lebih banyak berbanding otak orang dewasa. Oleh yang demikian, bahaya penggunaan telefon bimbit terhadap kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa. Ini adalah kerana frekuensi radio atau EMR (electromagnetic radiation) mudah melalui cecair di dalam otak kanak-kanak. Dengan itu, risiko kanser otak dan mata terhadap kanak-kanak adalah lebih tinggi.


Tips menggunakan telefon bimbit:


1. Guna telefon bimbit pada waktu penting sahaja seperti kecemasan atau untuk menyampaikan maklumat. Atau menghantar SMS itu lebih baik kerana telefon itu tidak diletakkan dekat dengan kepala.


2. Sekiranya anda hamil, kurangkan penggunaan telefon bimbit kerana ia turut memberi kesan terhadap janin atau perkembangan bayi yang berada di dalam kandungan. Lebih kerap menggunakan telefon biasa.


3. Hadkan masa perbualan anda! Bercakap tentang perkara yang penting atau jarakkan sedikit telefon bimbit dari telinga anda kerana jika anda jarakkan sebanyak 2 inci dari kepala anda, anda sebenarnya telah mengurangkan 75% risiko terkena kanser otak.


4. Cuba jauhkan telefon bimbit daripada tubuh badan anda setiap hari!Sekurang-kurangnya 7 inci dari badan anda, ini dapat mengurangkan 1% EMR untuk sampai ke badan anda.


5. Jangan letakkan telefon bimbit anda di dalam poket seluar, baju atau beg tangan, lebih baik anda memegangnya atau anda simpan disebelah sewaktu anda memandu. Ini adalah kerana EMR dapat mengakhibatkan kemandulan, kanser payudara, masalah buah pinggang dan jantung!


6. Jangan menggunakan ‘headsets’. Kerana gelombang EMR 3 kali ganda lebih mudah masuk ke dalam otak melalui telinga yang tersumbat dengan ‘headsets’.


7. Lebih baik menggunakan ‘loud speaker’ ketika menelefon. Ini kerana kedudukan telefon bimbit yang jauh daripada kepala akan mengurangkan risiko kanser otak.


8. Gunakan telefon apabila talian berada pada ‘full signal’. Sekiranya anda menggunakan telefon pada signal yang rendah, gelombang EMR semakin tinggi.


9. Tutup telefon bimbit anda sewaktu anda tidur. EMR yang ada di dalam telefon bimbit boleh mengganggu kualiti tidur anda.



Jika anda sayangkan anak-anak anda, didiklah mereka tentang keselamatan penggunaan telefon bimbit. Kita selalu berasa bangga sekiranya dapat menghadiahi sebuah telefon bimbit kepada anak kita, tapi kita juga harus ingat, bekalkan mereka dengan pengetahuan tentang bahaya penggunaan telefon bimbit tersebut. Supaya mereka lebih peka, bahawa alat yang mereka bawa itu patut digunakan pada masa tertentu sahaja bukan menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka!

Nota:
Maklumat diambil daripada http://www.naturalhealths/ trategies.com

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment